Thursday 27 October 2011

~SPA IKAN~

~Assalamualikum~

Entri kali ni pasal spa ikan atau nama timangannya fish spa.
knp dgn spa ikan ni?isu geli2 ke?ikan tu gigit sampai hilang jari or kaki ke?[tipu la tu kan ikan kecik je pon x kan la smpi ilang jari or kaki ..kau ingat piranha ke hape..] ahahaha..

okay seperti yang kita semua maklum spa ikan ni banyak 
manfaat bagi kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menanggalkan sel-sel kulit mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema. Ia juga di katakan dapat menghilangkan stress dan tekanan.
Terdapat beberapa jenis terapi @ rawatan yg kita boleh dapatkn  di spa ikan nih.Antaranya:

terapi kaki

terapi tangan

terapi muka

terapi untuk satu badan pon boleh

terpulang kat korng la nk buat terapi macam mana yang korng nak. yela bukan semua org oiiii sanggup nk buat full body..geli aih..[mau gak ketawa smpi kua air mata]

jenis2 ikan yang digunakan untuk spa fish nih:

garra rufa

chin chin fish

ikan nilem mangut [nama amboi]

okay ikan dia pon cheq da knaikan kat hangpa semua.
skrg ni ada lagi isu pasal spa ikan ni.[apa je lagi nih]
meh kita usha meh.

Sesiapa yang selalu berminat pergi ke spa ikan kononnya nak berubat....terdapat pelbagai penyakit yang akan didapati selepas menjalani terapi spa ikan itu.

Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDA dan Tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air. Ikan yang digunakan dalam kolam itu boleh menjadi pembawa virus HIV menerusi gigitan pada kaki pelanggan dan menyebarkannya ketika menggigit kaki pelanggan lain.

Penyakit lain seperti Hepatitis C, Tibi dan penyakit kulit pula boleh dijangkiti menerusi bawaan air kerana bakteria berbahaya yang menjadi punca penyakit itu boleh hidup dalam air kotor dan tidak diganti dalam tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan pengguna kolam dijangkiti bakteria berkenaan, terutama jika kolam itu banyak digunakan oleh penghidap penyakit itu.

Kementerian sentiasa memantau kaedah rawatan terapi ikan dengan melakukan pemeriksaan setiap enam bulan di premis yang menyediakan perkhidmatan itu bagi memastikan operasinya mengikut peraturan yang ditetapkan.

Ada je macam2 cara lain kalau korng still nk menikmati nikmat b'spa fish ni.
buat sndri kat rumah.beli je ikan tu dalam 20 ekor msok kn dlm besin or baldi.
 kalau yg ada kolam renang sendiri tu boleh la beli banyak skit.
cara tu kan lebih selamat.dari dok kongsi ngn org yg kita x taw apa penyakit dorng.

P/S~ bak kata pepatah cegah sebelum parah.











seperti biasa jom layan lagu tuk hari ini :

Ziana Zain~Anggapanmu


[hai memanggil2 diri tuk sama2 menyanyi..jom duet kak ziana zain] :p

No comments:

Post a Comment